bear2


Wednesday, December 7, 2011

TUDUNG GAYA HANA TAJIMA....

selamat pagi -------<@
kamu semua kenal gambar orang cantik di atas ini...
siapakah dier????
dier ialah HANA TAJIMA
sekarang semua style dier jadi ikutan muda mudi sekarang....
kenapa????
adakah dier pelakon yg menang award tiap tahun,,,bukan juga....penyanyi...bukan juga....
dier jadi ikutan atas kerana cara pemakaian tudung yang di bawa nya...
ramai orang yang saya tanya "suka style tudung yang dipakainya simple, stylo, bergaya.."

bagi yang mahu mencube gaya hanatajima ini saya ada selitkan sedikit gambar bagi tatapan semua...
jom ZOOM....


Orangnya cantik...pakai apa pon cantik...... tgk jer la gaya2, post  dier di bawah nie.......
kepada yang suka akan fesyen yg dibawanya selamat mencuba.....
tak salah kita try...
yg penting untuk kepuasan sendiri...
LIHAT LA GAYA KU....




Tuesday, December 6, 2011

puisi cinta yg datang dari hati....


 selamat pagi semua>>>>>
"pagi yang terang terasa tenang..... aku dan kamu berdua bersama".... semalam tgh2 aku seacrh maklumat 4 aku punya assingment tiba2 aku terbaca satu puisi ni..... puitis sekali ayatnya.... n the ending pun wat kaun hawa seperti aku rasa terharu.... bestnya ada org cakap depan aku camtu.... walaupun aku bukan orgnya yang puisi ini ditujukan.... tapi kasih sayang, cinta, setia aku rasa dalam puisi ini.... lagi elok cube korang bayangkan suami anda yang melafazkannya di hadapan kalian semua(isteri) pasti lagi syahdunya..... n pasti tanpa korang sedari mutiara mahal korang akan keluar juga....so pagi2 nie aku nak share la apa yang aku rasa.... korang akan rasa sendiri nanti....cube lah hayati nya....

 puisi cinta yg datang dari hati....


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku

amacam dah baca sampai habis puisi yang puitis nie... terharukan n rasa disayangikan...
tahniah anda telah buat hati anda beremosi pagi2 nie... bagi yang akan jadi raja sehari pekata... suruh u all punya bakal tu lafazkan depan korang n saksi depan org ramai... agak2 dier nak tak wat cam tu.... 



Monday, December 5, 2011

suku malam di bilik m1 (psu)

selamat malam blogger semua....

malam nie patut blaja pe2 la yg tak wat aku mengantuk... tapi lec cina aku ajar teori. peh!! mau berat mata aku menahan penyakit yang ubatnya bantal,tilam n selimut..
dah la sebelum g kelas melantak makanan cam sok pose jer.... masuk bilik makmal comp nie...gan aircorn...badan pon lesu mata mengantuk... ada saper2 leh bantu saya????
lec aku tadi terangkan tntg CASPER..APA TU CASPER??? binatang apa 2??? tu la salah aku gak tak fokus apa yang dier cakap kat depan tu. di buat sebelum balik dier soal tak nganga aku. kawan2 pon mula wat kelas sendiri, lagi hebat wat perbncgan melalui chat... cian kat lec tu sebahagian kwn2 cam terpaksa jer fokus kan diri.... tapi aku rasa fikiran tah kemana tah..

Monday, November 28, 2011

sepetang di BENTENG...............

selamat malam semua.....pada 26.11.2011 perjalanan ku dari pt raja-jasin-pt raja. destinasi yang indah dalam keadaan dan suasana gembira dan meriah... SELAMAT MELANGKAH KE FASA YANG BARU IAITU ALAM BERUMAHTANGGA SAHABAT KU IEM DAN AWANG...semoga ikatan yang terjalin antara kalian berdua kekal hingga hujung nyawa... amin... doa sahabat mu yang jauh... lihat la tema terang yang dipilih oleh sebelah perempuan... RED CHILI.... HOT U....









semoga berkekalan hendaknya.....dadada didid dududu

Thursday, November 24, 2011

YAKIN kerana ALLAH S.W.T

selamat pagi semua.... "senyum seindah suria yang membawa cahaya....." pagi ini saya mahu berkongsi tentang amalan dan sunnah Nabi. Nabi S.A.W. pernah bersabda:" barang siapa yang mengikut sunnahku,bererti dia cinta kepadaku,maka akan masuk syurga bersamaku"

kawan2 sebenarnya byk kebaikan dan kelebihan jika kita ikut sunnah nabi. ulama ada mengatakan setiap amalan sunnah itu adalah keberkatan. siapa yang mengamalkan sunnah maka dia akan dapat 2 keuntungan iaitu:
  1. pahala yg berlipat ganda
  2. keberkatan
kali ini saya mahu kongsi dengan u all mengenai ikut sunnah Nabi :

kita mesti yakin bahawa segala buah dan makanan yang dinyatakan dlm Al-Quran adalah bagus, baik dan banyak keuntungannya dalam badan kita. Dia lah yang mencipta segala dgn byk fungsinya iaitu PENCIPTA ALAM iaitu ALLAH S.W.T.

Setiap sunnah nabi adalah mujarab tetapi sebagai mahluk ciptaannya kita mesti YAKIN dgn ALLAH S.W.T. Seperti :
  • makan dilantai bukan duduk dikerusi
  • tidur dgn badan mengiring mengadap kiblat
  • tidur diatas anggota sebelah kanan
  • buah2 yg dinyatakan dlm al-quran ternyata mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi disebaliknya seperti :
  1. buah kurma
  2. buah delima
  3. buah tin
  4. madu
  5. susu
  6. anggur
marilah sama kita cube amalkan bersama semoga kita turut mendapat keberkatan dgn mengamalkannya...aMIN.... 

Wednesday, November 23, 2011

pesan AYAH pada ANAK LELAKINYA:::

SELAMAT MALAM SEMUA..... tiba2 malam nie aku ingin conteng2 kat blog aku nie....  time study subjek tamadun islam selama 3jam tepu otak ku ini dengan perbagai2 isu semasa.... belajar tadi stady jer mata tak menggantuk pulak tu.... tapi buka itu aku nak kongsi pada semua... malam yg sunyi ditemani bunyi cengkerik aku nak kongsi mengenai pesan seorang ayah pada anak lelakinya. cuba lihat n baca pesanan dibawah. harap2 lelaki diluar sana mempunyai baca la... n cube penuhi untuk bakal keluarga anda.......
  1. kalau boleh biarlah isteri seorang
  2. kalau boleh anak lebih dari 2.
  3. bilik lebih dari 3
  4. jaga rukun iman, rukun islam, hukum alam, ikhsan
  5. mesti jadi orang yang baik.
  • baik pada jiran, baik pada kawan
  • mesti ada sedikit kuasa
  • jadi orang yang dihormati
  • ada sedikit sebanyak harta
  • kerja(yang penting halal & tidak meninggalkan solat)

selamat membaca...wat renungan bersama...tak rugi kongsi apa yang kita tahu....

tata...titi...tutu...--'-;-<@
 

Sunday, November 20, 2011

fadilat AYAT KURSI.....

GUD MORNING TO ALL..... THIS MORNING I WANT WITH U ABOUT......... LIHAT DI BAWAH......
Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
... 4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat..

SESUATU YANG ANDA PERASAN ATAU TIDAK PERASAN......

SALAM......semua blogger....selamat malam pada kamu semua.... sinar mentari telah pon di tutupi tabir malam yang gelap..... syahdunya malam nie... hati rasa sayu..entri kali nie Red nak kongsi sesuatu yang perasan atau tidak perasan sedang berlaku... tanpa pengetahuan diri kita sendiri...mari kita baca bersama::
  1. sekurang2nya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda & sanggup mati untuk anda.
  2. sebab utama seseorang membenci anda adalah krn dia ingin jadi seperti kamu.
  3. setiap malam ada seseorang mengingati anda sblm dia tidur.
  4. kalau bukan krn anda, seseorg itu tidak akan hidup bahagia.
  5. seseorang yang tidak diketahui menyayangi anda. ( cam ada jer sipi2 kene kat aku)..ohhh,,, siapakah itu...jeng2
  6. sekiranya anda dipinggirkan fikirkan semula mungkin anda yg meminggirkan mereka.
  7. kenangilah segala pujian yg anda terima dan lupakan segala maki hamun dan caci.
  8. sekurang2nya ada 15 org dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa minit...
  9. senyum daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia TIDAK  menyukai anda.
  10. anda AMAT BERMAKNA dalam hidup seseorang.
  11. anda seorang ISTIMEWA DAN UNIK.
  12. apabila anda membuat kesilapan yg sgt besar, ada hikmah di sebaliknya.
cuba fikirkan.....anda perasan atau tidak perkara ini....

Tuesday, November 1, 2011

LIP.....LIP...LIP....

hai... selamat tengahari semua blogger...lama sudah aku tak wat coretan  di blog nie... sedang bermuasabah diri la katakan.... pe2 pon i'm back.... here i share wif u about lip.....

 

  

1. Berhenti Menjilati Bibir Anda Sendiri
Air liur akan menguap dengan cepat dari bibir, dan ini akan menyebabkan bibir kita menjadi semakin kering. Jika Anda memiliki kebiasaan menjilat bibir, hindari penggunaan lip balm rasa buah. Pilihlah yang pahit agar Anda tak tergoda.

2. Lip Balm Is a Must
Jangan pernah tinggalkan lip balm alias pelembab bibir. Bawalah ke mana pun Anda pergi, dan oleskan ke bibir dan sekitarnya saat sudah mulai terasa kering. Pelembab bibir yang paling baik adalah yang mengandung beeswax, shea butter, dan SPF untuk melindungi bibir dari paparan sinar matahari.

3. Ritual Sebelum Tidur
Jangan hanya menggosok gigi, mencuci muka, dan memakai pelembab sebelum tidur. Agar bibir tetap sehat, indah, dan terhindar dari kekeringan, biasakan melakukan ritual ini setiap malam sebelum tidur.
Ambil handuk kecil, dan basahi dengan air hangat. Lalu gosokkan handuk basah tersebut perlahan-lahan pada bibir untuk mengelupas kulit mati penyebab bibir pecah-pecah. Setelah terasa halus, oleskan pelembab bibir. Pelembab ini akan bekerja menutrisi bibir selama kita tidur.

4. Banyak minum
Anda pasti sudah tahu bahwa kita harus minum setidaknya delapan gelas air putih setiap hari, kan? Bibir yang kering adalah salah satu cara tubuh memberi sinyal bahwa ia kekurangan cairan. Jadi, jangan hanya melembabkan dari luar (dengan cara mengoles lip balm), tapi lembabkan juga dari dalam dengan bantuan air mineral.


Thursday, August 4, 2011

READ THIS: BADAN MU SUNGGUH uhhhmmmmm CANTIK

selamat berpose semua blogger...hari ni sudah hari ke 5 umat islam berpuasa...
semoga di bula yg mulia dan penuh keberkatan ini kita semua mendapat keberkatannya....AMIN....

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...)
Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....
Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. ... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat... .

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... ..

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna (>>>>>>) yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer.... . tak pe, kita tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah...... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua.. ." dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas depa.....

Keesokan harinya..... .sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.. .. cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent. .." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai (>>>>>>>) langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ...sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.. ...dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang.... . dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer..... 

<<<<<<<<<<<<<<cite ini tidak sabotaj sesiapa>>>>>>>>>>>>>

Sunday, July 24, 2011

MAHLUK PENGHUNI ALAM SAUJANA...

 LIHAT!! mahluk ini besar nya kekuasaan Allah Yang Maha Esa....

 ada yang bersayap yang membolehkan mereka terbang tinggi tanpa gangguan.....
mereka menyanyi riang ria di atas sana.... tanpa tahu sebenarnya ada bahaya sedang menunggu mereka...
 warna yang menarik kadang2 seakan2 warna daun menakjudnya ciptaan Allah ini.... dia boleh melindungi dirinya daripada musuh......
 banyak ulat dalam dunia ini ada yg boleh buat sutera dan cam2 lagi.... maha besar ciptaan Mu Ya Allah....
 ulat nie berbisa..... saper kena sengat tentu gatal semacam jer.... pandai dia melindungi dirinya....
 sungguh cantik rupa dan warna mu.....
bagai kain sutera yang tercorak sendiri.........
dgn air ludah pun leh jadi tempat tinggalnya... cube manusia wat guna air ludah....boleh manusia tinggal kat air ludah manusia......owhhh....

Wednesday, July 20, 2011

mengatasi masalah anak yang nakal,. tak dengar cakap ibu bapa, degil dan melawan cakap ibu ayah

hai semua...
dah lama aku tak coret kat entri aku nie...
entri kali nie aku nak kongsi kat korang yg dah jadik ibu, ayah, mak, abah, mama, papa, umi, abi dan macam2 panggilan lagi la....
buka per sekarang ni zaman moden anak2 pon dilahirkan dalam keadaan serba moden..... lagi2 aku nie setiap ari dikelilingi dgn anak2 kecil yg baru mahu mengenal dunia... jadi pelbagai ragam yg aku hadapi.... cam2 sikap anak2 yg aku perlukan kesabaran....
jadi kepeda anada semua yg telah mempunyai anak.....renungkan lah tip yg saya beri kan nie...
amalankanla..... utk kebaikan anak anda juga....
 
 Untuk renungan bersama dan peringatan diri sendiri
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah,  bergaul dengan remaja yang rosak akhlak,  berzina,  menagih dadah,  melawan ibu-bapa,  kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.  Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti
  • Surah al-Fatihah
  • Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa’
  • Selawat Tafrijiyah
  • Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.
  • Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut:
  1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
  2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
  3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
  4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
  5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
  6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
  7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
  8. Beri minum air tersebut dan mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut:
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami

Thursday, June 9, 2011

kata tidak pada pencemaran!!!!!!

hai..nite to all blogger...... hari ni aku nak citer pasal pencemaran.... pagi tadi 6.30 pagi aku buka tingkap bilik aku. mula2 aku lihat pemandangan yg mendamaikan hati dan mata yg memandang....udara yg segar...besnya....
TIBA2 pandangan ku jadi kotor dek kerana aku ternampak corong kilang berdekatan gn maktab nie...melepaskan berkepol2 asap..... dari kilangnya...... dashyat tul.... perbuatan manusia yg tak sayangkan bumi kita nie.... dulu aku memg agak daif bab nie...tapi sejak aku nie blajar pendidikan alam sekitar nie.... aku tahu byk mengenainya..... naper perkara nie terjadi....tiada kesedaran tul org yang melakukan pelepasan asap ini..... bayangkan la....asap tebal dilepaskan....gan berwarna hitam lagi.... aku ada bukti... ada pic yg aku sempat snap....



asap tebal yg dilepaskan dari corong kilang....


tgk la sendiri betapa kejamnya insan yg melakukan perbuatan ini pada bumi kita.... bayangkan la kalau la pokok2, udara, bangunan2 sekeliling kita leh bercakap tentu dia merayu sedih, marah pada manusia yg melakukan perkara ini... kasihan bumi kita nie....

entri aku hanya mahu kongsi gan anda2 semua.... kita renungkan la bersama.....
wasalam....

dosa terpaksa....


hai, blogger2 sekalian... hari ini aku mahu kongsi tentang keagamaan sikit.... berkaitan dosa.... sedarkah anda semua tiap2 hari melakukan dosa ia samada sengaja atau tidak sengaja shj... ataupon tahu n tidak tahu yg kita lakukan itu dosa,,,,,, mari kita renungkan....
Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu. Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.
Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.

Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.
Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.
Bagaimana?
Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?
Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.
Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.
Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain. 
Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.
Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.
Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah. Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.
Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?
Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.
Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.
Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga. Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

Sunday, May 29, 2011

angka 18 angka 5 angka 11...

 bertahun lamanya

kasih hanya sementara... 
kecewa......

berlaku hanya sekelip mata sahaja...

hancur  + punah
bagai 

debu berterbangan.....




melentur jari.....

assalamualaikum.... hai semua bloger2 sekalian.... lama aku tak entry kat blog aku nie...kali ini aku nak kongsi gan kalian semua..... time2 cuti sekolah nie budak2 sekolah sibuk cuti cikgunya lak sibuk blajar, menimba ilmu... tu pengorbanan seorang yg digelar pendidik....
   samala cam aku nie interaksi Mei nie aku sibuk gan exam n cam2 lagi la..... rasanya cam lom ada baca apa2 lagi tup mgu depan EXAM!!! aaaaaaaaaaaaaaaa......tidak..... exam paper 1 hal nie sekarang nie sibuk lak nak melenturkan jari jemari coz ada exam for MAIN KEYBOARD....apa aku nak picit nanti depan lecture... takutnya dapat prepair time kat asrama sampai depan lec terbang semua not d tambah sumbang lak suara aaaa... seram nya....
    di sini aku nak korang ikut gak la aku kelas2 music yg aku dah sertai selama 3 tahun lamanya.... jom tonton...

dengar penerangan..... sempat posing lagi

not lagu + kod lagu


my keyboard

picit not la.....
 ni la antaranya class music yang aku ikuti untuk bulan mei nie.... pengalaman indah dalam idup...lagi best bila dapat wat lirik sendirikan tapi bila agaknya tu...hahahah...k sekalian blogger wa chow dulu....
sekian.

Monday, May 2, 2011

berjalan sakan.......

assalammualaikum..... menjelang sudah bulan mei..... SEMALAM CUTI TIGA SERANGKAI SUSAH NAK DAPAT CUTI YANG CAMTU..... jadi sepanjang tiga ari apa lagi jalan sakan la.... mari ikut saya kita ronda2...
sempat lagi tu..

Wednesday, March 30, 2011

''anak2 soccer......''

hai semua blogger??? dah lama aku tak jenguk korgt kan....tak der kesempatan la... kali walaupun tak sempat kali nie aku sempat2kan gak nak entri n share pic gan korg... look n see the sweet child.... play FUTSAL...
eik!!! neper pegang gan tgn...





ala....comel tul dier sepak....
HA!! tendang....