bear2

Sunday, February 20, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

assalammualaikum semua

kita jumpa lagi pada kali nie saya akan kongsikan  dgn semua blogger satu isu mengenai JODOH.
adakah kamu semua sudah menemui jodoh yg sesuai???? betul kah ia jodoh kamu yg tepat???? tapi ini semua ketentuan ALLAH S.W.T. kepada yg sudah dapat jodoh alhamdullilah, syukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah mengurniakan kamu jodoh yg sesuai... mari sama2 kita baca n kongsi si dia adalah JODOH kita.......

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

jodoh yang sudah pasti akhirnya ke jinjang pelamin juga

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, February 19, 2011

apa ada pada nama......

assalammualaikum......

nama yang diberika kepada kita menunjukkan betapa ibu bapa sangat menyayangi kita. selalunya ibu bapa akan memberikan nama yg terbaik kepada anak mereke supaya mereka menjadi seorang yg hebat seperti maksud nama yg diberi....

Apa ada pada 'SAMSIAH' ?

SAMSIAH
SSuci
AAmanah
MMesra
SSetia
IIkhlas
AAlim
HHarum

Apa ada pada 'SALBIAH' ?

SALBIAH
SSuci
AAmanah
LLemah-lembut
BBijaksana
IIkhlas
AAlim
HHarum

Apa ada pada 'UMI KALSUM' ?  

UMI KALSUM
UUntung
MMesra
IIkhlas
KKomited
AAmanah
LLemah-lembut
SSuci
UUlung
MMenawan

DIET agar SI DIA tetap lekat

assalammualaiku...
jumpa lagi... kali nie kita akan ber kongsi mengenai KURUS????? KENAPA KENA KURUS??? NAPER ORG KEJAR2 YG KURUS???? BAGAIMANA YG AGAK BERISI ADAKAH IA KURANG MENARIK DI MATA ORANG YANG BERJANTINA 'LELAKI'............

di sebabkan nak kurus sanggup tak nak makan..... cam2 pil di telan sampaikan ada yg bawa maut....
kesian kan badan milik perempuan itu..... huhuhuhu

NAK KURUS??JGN MAKAN BERLEBIHAN, HINDAR MAKANAN BERLEMAK DAN MINUMAN MANIS, JGN LUPA BYKKAN BERSENAM, SEPERTI ORG YG BERDAET TENTU BYK PANTANG LARANG YG MESTI DIPENUHI UNTUK MENDAPATKAN MATLAMAT KESIHATAN DAN KECANTIKAN YG DIIMPIKAN.
begitu juga bagi isteri yg mahi suami mencintainya sepenuh hati tentu ada pantang larang yg mesti di patuhi. suami pun harus tahu bagaimana hendak menyuburkan rasa cinta supaya tidak membosan kan. wajar kita dalam perhubungan mengalami perubahan2 krn ia mmerupakan satu proses untuk mematangkan diri kita. ujian demi ujian akan hadir dalam perkahwinan. mahu tak mahu kita kena hadapi dgn ikhlas dan reda serta memohon petunjuk dari ALLAH S.W.T. dgn mencari jalan penyelesaian dari setiap masalah yg datang.

untuk memastikan hubungan tidak renggang akibat badai konflik eloklah kita berkongsi bagi menambat hatinya  agar tetap lekat di hati .....

1. JANGAN TEGANG, GELETEKLAH PASANGAN
semua orang pasti mengalami stres ttp org yg hebat adalah yg paling cepat mengubati rasa itu dan berubah sesegera mungkin. senyum memberi kesan yg positit kerana ;
  1. ianya mengajak kita untuk mencari org yg istimewa utk berkomunikasi. komunikasi mengajar kita utk berbahagi, berbahagi kasih syg, kesedihan dan kegembiraan.
  2. senyum menunjukkan kita redha dgn takdir yg merupakan salah 1 pilar iman.
2. JANGAN SEGAN UCAPKAN TERIMA KASIH
Tentu kiata akan berasa sedih jika pengorbanan kita tidak di hargai oleh pasangan kita. tapi sebenarnya SEMAKIN BYK  kita dengar  ucapa ikhlas dari pasangan semaklin kita bersa di sayangi... tak begitu wahai WANITA SEKALIAN  tetapi kenapa kadang kala sukarnya kaun LELAKI untuk mengucapkan 2 perkataan itu. 
biasanya orang yang pandai mengucap kan terima kasih ini ada masalah jiwa.
3.JANGAN BERDENDAM, MAAF DAN LUPAKAN
Kenapa orang dulu2, datuk nenek kita dapat mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka???? apakah rahsia nya??? nak tahu rahsianya: salah satu  rahsia yg terpenting dalam menjaga hati pasangan adlah jaga DULU HATI ANDA.bersihkan hati dari sifat dendam dan amarah. hiasi hati anda dgn kemewahan kata MAAF.biarlah maaf lebih byk daripd marah.
4.JANGAN SANGKA BURUK, FIKIR POSITIF
Cemburu dan bersangka buruk boleh saja jika mengikut undang2 yg ditetapkan agama.berpegang lah pada 1 prinsip katakan kepada si dia "AKU HANYA CEMBURU KETIKA ALLAH CEMBURU KEPADAMU" begitulah sepatutnya perasaan yg hadir dalam hati kamu kepada suami. jgn cemburu melainkan pada batas2 kecemburuaan yg ALLAH tetapkan.
5.JANGAN KEDEKUT, SESEKALI RAIKAN CINTA DENGAN KEMEWAHAN.
harta bukan utk dimiliki ttp utk di nikmati barulah terasa keberkatannya. jadi tidak salah jika kita kongsi sesekali kala kemewahan yg kita ada utk oarang yang kita sayangi....

supaya dgn tip2 yg dapat saya kongsikan ini dapat lah kita sama2 belajar menyayangi, menghormati dan menghargai pasangan. 

ok..... kita akan ber temu pada coret2 akan datang.... bye.... 

SANGGUL TUDUNG

Selamat hari minggu semua. Assalammualaikum.... jumpa lagi kali nie kita akan berbual tentang hal mengenai aksesori wanita iaitu SANGGUL.

MAKSUD SANGGUL:>>>>>>>>>>
gelung rambut perempuan di atas atau di belakang kepala; kundai; konde;
-- ayam mengeram sanggul di puncak kepala; -- bulat sanggul di belakang kepala sebelah atas; -- gantung sanggul yg tergantung di tengkuk atau di kuduk; -- lintang sanggul yg melintang dr kiri ke kanan di atas kepala; -- lipat pandan sanggul lintang di belakang kepala, terdiri atas dua bagian dan diikat di tengah-tengah; -- miring sanggul pd sudut kepala, di sebelah kiri atau sebelah kanan (pd wanita Bali); -- palsu semat sanggul tempel; -- tempel sanggul palsu yg dipakai dng cara menempelkan pd kepala dng semat, tali, dsb;    sanggul yg sudah berbentuk yg dibuat dr rambut asli atau tiruan; --

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.

Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.

-Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah.
 +Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot  murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!

                1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

                Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.
                Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…

Tapi…kenapa sanggul?

Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.

                Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…

Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.

Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.

Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa.  Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…

Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam.  Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;
“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)

Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..

Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.

Wednesday, February 16, 2011

rekacipta

hai2 hai2 hai2.....dah lama aku tak conteng2 kat skrin putih nie.. nie baru ada mood nak tulis someting...
malam nie aku tengah pening, buntu pk rekacipta apa aku nak wat 4 present aku nanti..... dah pk dari tadi tapi idea tak gak muncul2 naper nie geram nya........ergh..... 
dah try tgk kat tenet tapi tak sesuai gan umor2 anak aku la... syarat nya pelbagai guna.... apa nie ha...ha...
tgh aku godeh2 tiba2 aku idea dtg melayang ke otak ku..... nak wat papet kucing@bantal bentuk kucing tapi karang di kata idea lapok lak.... aku ingat nak letak zap on pastu anak2 aku leh kenal bentuk ker huruf ker tapi tp 2 la karang tak di terima idea senang sgt....
abis nak wat apa nie.................
tiba2 ku rasa sikap mu tak seperti dulu....ehhh...menyanyi lak lagu erra lagi..... hehehe
tiba2 datang lagi 1 idea yang agak mudah gak tapi mungkin leceh sikit la.... wat apron+gak objek kecil seperti gambar sayur yang di jahit atau pe2 jer yg sesuai tapi nak kene jahit lak tu..... leceh nya....
abis tu nak wat apa nie..... tolong la....

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CINA...

SELAMAT TAHUN BARU CINA....

HAPPY CHINESE NEW YEAR
TO ALL CHINESE IN MALAYSIA.....

1 MALAYSIA....

doomm....doomm....dooommm..... bunyi mercun...... bersahut2 ku dengar dari umah ku nie...

musim cuti VS KENDURI KAWEN

salam hai**** bila tiba musim cuti panjang mula la dapat surat saman(surat jemputan) yg tak kenal pun tiba2 jadi kenal.... cam2 kan.... pada yg akan berkawen n yg baru sahaja bina masjid tu.... TAHNIAH diucapkan n semoga berbahagia hendaknya....AMIN....
ni ha nak habaq kat kamo2 semua yang nak jadi menantu terbaik aku ada petua cara nak AMBIL HATI MERTUA2 sekalian.....
  1. jangan takut - kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mentua. cam2 yg ada dalam fikiran. takut mertua tidak dapat menerima kekurangan dirinya cam2 la jadi bila berdepan jadi kaku, bisu. jadi hendaklah hilangkan perasaan takut itu dan cuba lah berfikiran scr Positif agar yakin dan tenang.
  2. jaga percakapan - dalam percakapan sebaiknya calon mertua yg mendominasi perbicaraan ttp jika bakal mertua orgnya agak pendiam, jgn kita juga turut mendiamkan diri. sebaik2nya tanyakan lah beberapa soalan seperti cnth kegiatan si calon mertua sbgai cara permulaan beramah MESRA.
  3. jadilah diri sendiri - kebanyakan org cenderung  berpura2 & menjadi org lain sewaktu berbicara/berpenampilan. ini krn ingin dilihat elok/baik dihadapan bakal mertua. walhal adalah lebih baik kita menjadi diri kita sendiri untuk membolehkan kita berasa/berada dalam keadaan yg tenang.
  4. jangan lupa tawarkan bantuan - jgn lupa tawarkan bantuan tidak kira lah mengemas atau perkara2 yg patut2 kita bantu. bukan perempuan sahaja yg lelaki pon boleh tawarkan bantuan kepada bakal mertua. tidak salah kan... AMBIL HATI  mereka...
  5. 'dress for succes' - (jgn menilai org dari penampilannya) tidak wujud disini. walaupun kita perlu menjadi diri kita sendiri. jangan lupa pula pada penampilan & pakaian kita. walaupun kita ni seorang yang SEMPOI sekalipun, elakkan la diri dari memakai pakaian yg LUSOH/KOYAK/ KOTOR SANA SINI.. jagalah penampilan semasa berdepan dgn bakal mertua. supaya anda TERSENARAI dalan CALON MENANTU MEREKA. ingat tu....
  6. jadilah SOPAN - org tua mesti suka anak muda yg sopan santun. apapun kekurangan diri ia akan terlindung dek sikap/sifat anda yg baik tu. murahkan SENYUMAN, ringankan mulut CAKAP TERIMA KASIH, BERI SALAM KETIKA DATANG & BERJABAT TANGAN. jangan datang umah terkinja2 cam org tak sabar2 jer nak jadi ahli baru dalam keluarga mereka. memalukan....
  7. bersedia menerima kritikan - jgn la mudah kecil hati dgn kritikan yg anda dengar. jadikan ia satu cabaran bagi anda untuk lagi memenangi hati mertua anda.  CHAIYYOKKK... JGN ADA BENCI, dendam, sakit hati. terimalah dgn hati yg terbuka.... mudah2an anda akan DIPILIH SEBAGAI MENANTU MEREKA...

SEMOGA BERJAYA JADI BAKAL MENANTU ATAU MENANTU YG DISAYANGI MERTUA..... AMIN....

Tuesday, February 1, 2011

pencari rezeki n suasana di malam hari

perMUlaan BUlan FEbRuarI

lagi 2 hari kita akan menyambut TAHUN BARU CINA. kepada yang berbangsa chinese SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA. Tahun baru cina kali nie adalah TAHUN ARNAB semoga ia membawa untung ma pada kamu semua. selamat bercuti pada semua yg sudah ambil cuti...
alhamdullilah hujan pun reda.... tapi sejuk2 nie masih terasa lagi.... takziah pada mangsa banjir... 
sebelum nie tahun 2006 banjir telah melanda kg ku...pada 2011 sekali lagi banjir telah melanda kg... jangka masa 6 tahun shj ia berulang kembali.
so aku pun duk umah jer la... layan cite n movie kat kerang katup aku nie... tadi baru jer lepas layan Cj7... tengok sendiri nangis sendiri gelak pun sendiri.....
cuti2 nie otak pun ZZZzzzzzzZZzzzzzz....
konon nya cuti nie nak jadi suri la,,, siap kan keje tu ini la cam2 dalam fikiran nie tapi hampeh.... dok layan titttitt titiittt aku nie jer..... 
tak di layan majuk lak nanti hahahaha..... macam2 la....
hari ni dapat lak buah raya cina dari AGU.... sekotak die bagi,,,, ujan2 nie lapa jadi buah limau jer la aku balon habis2.....anyway malam nie aku nak layan citer lagi....
cakap pasal cite, pasal la TIRAMISU tu diubah kol 7 malam geram aku.... aku dah la mengikuti... jadi time azan tak kan la aku nak tgk gak.... tak sopan sungguh.... jadi aku sentiasa miz jer tiramisu tu....sampai separuh jalan....