bear2


Sunday, July 24, 2011

MAHLUK PENGHUNI ALAM SAUJANA...

 LIHAT!! mahluk ini besar nya kekuasaan Allah Yang Maha Esa....

 ada yang bersayap yang membolehkan mereka terbang tinggi tanpa gangguan.....
mereka menyanyi riang ria di atas sana.... tanpa tahu sebenarnya ada bahaya sedang menunggu mereka...
 warna yang menarik kadang2 seakan2 warna daun menakjudnya ciptaan Allah ini.... dia boleh melindungi dirinya daripada musuh......
 banyak ulat dalam dunia ini ada yg boleh buat sutera dan cam2 lagi.... maha besar ciptaan Mu Ya Allah....
 ulat nie berbisa..... saper kena sengat tentu gatal semacam jer.... pandai dia melindungi dirinya....
 sungguh cantik rupa dan warna mu.....
bagai kain sutera yang tercorak sendiri.........
dgn air ludah pun leh jadi tempat tinggalnya... cube manusia wat guna air ludah....boleh manusia tinggal kat air ludah manusia......owhhh....

Wednesday, July 20, 2011

mengatasi masalah anak yang nakal,. tak dengar cakap ibu bapa, degil dan melawan cakap ibu ayah

hai semua...
dah lama aku tak coret kat entri aku nie...
entri kali nie aku nak kongsi kat korang yg dah jadik ibu, ayah, mak, abah, mama, papa, umi, abi dan macam2 panggilan lagi la....
buka per sekarang ni zaman moden anak2 pon dilahirkan dalam keadaan serba moden..... lagi2 aku nie setiap ari dikelilingi dgn anak2 kecil yg baru mahu mengenal dunia... jadi pelbagai ragam yg aku hadapi.... cam2 sikap anak2 yg aku perlukan kesabaran....
jadi kepeda anada semua yg telah mempunyai anak.....renungkan lah tip yg saya beri kan nie...
amalankanla..... utk kebaikan anak anda juga....
 
 Untuk renungan bersama dan peringatan diri sendiri
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah,  bergaul dengan remaja yang rosak akhlak,  berzina,  menagih dadah,  melawan ibu-bapa,  kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.  Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti
  • Surah al-Fatihah
  • Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa’
  • Selawat Tafrijiyah
  • Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.
  • Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut:
  1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
  2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
  3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
  4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
  5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
  6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
  7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
  8. Beri minum air tersebut dan mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut:
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami