SELAMAT PAGI N SELAMAT BERCUTI PANJANG .............
SELAMAT TAHUN BARU CINA.....
hari nie... saya dapat hadiah sempena besday yang lalu...terima kasih 4 my sis....
nak tgk lovely present tu....jeng2
bear2
Saturday, January 21, 2012
Tuesday, January 17, 2012
PETANDA JODOH...
10 Petanda Dia Jodoh Kita
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Monday, January 16, 2012
PETANG YANG PANAS.
SELAMAT PETANG...JAM TELAH MENUNJUKKAN TEPAT KUL 6 PTG....
konon nak balik awal ptg nie...tapi disebabkan urusan yg tak habis2.... ari ni dalam rekod g bank then tutup bank sekali....dah wat cam bank sendiri dlm tu...nasib bukan sorg2 hahahah....
HARAP DGN KEJADIAN YANG BERLAKU TADI AKAN DIINGAT SELAMANYA...
konon nak balik awal ptg nie...tapi disebabkan urusan yg tak habis2.... ari ni dalam rekod g bank then tutup bank sekali....dah wat cam bank sendiri dlm tu...nasib bukan sorg2 hahahah....
HARAP DGN KEJADIAN YANG BERLAKU TADI AKAN DIINGAT SELAMANYA...
Sunday, January 15, 2012
UNTUKMU YANG AKAN MENDAMPINGIKU
SELAMAT MALAM...
ia hanyalah sekadar coretan dari jari jemari ku.. betapa inginya sy mendptkan org yg boleh membuat kita berasa bahagia. maka biarlah dia atau sesiapapon nantinya yg akan menjadi pendamping kita membaca bait2 doa indah ini::::
letih..
mungkin itu yg akan aku rasa
mencarimu dalam bayang
tidak pernah bertemu hingga melayang
melayang
melayang angan terbuai usia
bergerak naik menuju ke pusara
tidak henti terus mencari
tambatan hati yang dinanti-nanti
kuberdoa pada pemilik hati
yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
apabila dia membaca tulisan ini
semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci
mungkin selama ini aku terlalu memilih
atau mungkin tiada yang dipilih
semuanya menjauh
tidak terlihat dan tidak tersentuh
kini semuanya harus dimulakan
dari niat tulus yang tidak ternilai
terlalu mulia untuk dinilai
terlalu tinggi untuk dituai
dalam sujud hati
kami berdoa pada iilahi
agar segera bertermu kekasih hati
yang menemani kami ke syurga abadi
aku benar2 tidak tahu
apakah kamu atau siapa pendampingku
namun jika sudah takdirku
semoga hati ku boleh bersanding dengan hatimu....
semoga ianya jadi kenyataan...aminnnn......
ia hanyalah sekadar coretan dari jari jemari ku.. betapa inginya sy mendptkan org yg boleh membuat kita berasa bahagia. maka biarlah dia atau sesiapapon nantinya yg akan menjadi pendamping kita membaca bait2 doa indah ini::::
letih..
mungkin itu yg akan aku rasa
mencarimu dalam bayang
tidak pernah bertemu hingga melayang
melayang
melayang angan terbuai usia
bergerak naik menuju ke pusara
tidak henti terus mencari
tambatan hati yang dinanti-nanti
kuberdoa pada pemilik hati
yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
apabila dia membaca tulisan ini
semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci
mungkin selama ini aku terlalu memilih
atau mungkin tiada yang dipilih
semuanya menjauh
tidak terlihat dan tidak tersentuh
kini semuanya harus dimulakan
dari niat tulus yang tidak ternilai
terlalu mulia untuk dinilai
terlalu tinggi untuk dituai
dalam sujud hati
kami berdoa pada iilahi
agar segera bertermu kekasih hati
yang menemani kami ke syurga abadi
aku benar2 tidak tahu
apakah kamu atau siapa pendampingku
namun jika sudah takdirku
semoga hati ku boleh bersanding dengan hatimu....
semoga ianya jadi kenyataan...aminnnn......
BAGAIMANA ADAB BERDOA & MENGHINDARI KESALAHAN DLM BERDOA.
SELAMAT PETANG SEMUA...
kali ini sy mahu berkongsi dgn kalian semua mengenai adab berdoa. sering kita berasa sudah berdoa, tetapi ternyata Allah belum mengabulkan permintaan kita. ada baiknya kita mengetahui adab doa dan menghindari kesalahan dlm berdoa.
kali ini sy mahu berkongsi dgn kalian semua mengenai adab berdoa. sering kita berasa sudah berdoa, tetapi ternyata Allah belum mengabulkan permintaan kita. ada baiknya kita mengetahui adab doa dan menghindari kesalahan dlm berdoa.
- MEMAKAN MAKANAN DAN MEMAKAI PAKAIAN DRPD SUMBER YG HALAL. makanan yg haram, minuman yg haram,pakaian yg haramdan daging yg tumbuh dr sumber yg haram, maka bagaimana doanya boleh dimakbulkan???
- MEMILIH WAKTU DAN KEADAAN YANG UTAMA...tgh malam: apabila seorng muslim itu meminta kebaikan kpd ALLAH dan sesuai dgn waktu itu, pasti Allah akan memakbulkan;;:: itu terJadi pd setiap malam:
- ketika sujud : apabila bersungguh2 berdoa nescaya Allah akan kabulkan doa kalian.
ketika azan : apabila azan berkumandang maka pintu2 langit dibuka dan doa diistijabah. di antara zan dan iqamat ketika bertemu musuh ketika hujan turun sebahagian waktu akhir pd hari Jumaat doa seseorg utk saudaranya tanpa pengetahuan
hendaknya ketika tidur dlm keadaan berzikir, kemudian ketika bgn mlm berdoa
- BERDOA MENGHADAP KIBLAT & MENGANGKAT TGN
- DGN SUARA LIRIH, TIDAK KERAS DAN TIDAK TERLALU PERLAHAN.
- TIDAK MELAMPAUI BATAS DLM BERDOA :::berdoa dgn penuh rendah diri dan takut(tidak dikabulkan).Allah tdk suka yg melampaui batas. contoh melampaui batas dlm berdoa adalah minta disegerakan azab /doa dlm hal dosa & memutuskan silaturrahim dll.
- MERENDAH DIRI & KHUSYUK
- SEDAR KTK BERDOA, YAKIN AKAN DIKABULKAN DAN BENAR DLM PENGHARAPAN.
- MERENDAH DIRI KETIKA BERDOA, MENGANGGAP PNTG APA YG DIDOAKAN DAN DIULANG SBYK 3 KALI
- MEMULAKAN DOA DGN ZIKIR KPD ALLAH DAN MEMUJINYA DAN MENGAKHIRKAN DOANYA DGN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH
- BERTAUBAT & MENGEMBALIKAN HAK ORG YG DIZALIMI, MENHADAP ALLAH DGN RINGAN
- berdoa utk keburukan keluarga, harta dan jiwa
- terlalu keras dlm berdoa.
- melampaui batas.
- berdoa dgn pengecualian contoh ::: ya allah, ampuni saya ika Engkau berkenan
- tergesa-gesa
Subscribe to:
Posts (Atom)