bear2


Tuesday, January 17, 2012

PETANDA JODOH...

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, January 16, 2012

PETANG YANG PANAS.

SELAMAT PETANG...JAM TELAH MENUNJUKKAN TEPAT KUL 6 PTG....

konon nak balik awal ptg nie...tapi disebabkan urusan yg tak habis2.... ari ni dalam rekod g bank then tutup bank sekali....dah wat cam bank sendiri dlm tu...nasib bukan sorg2 hahahah....

HARAP DGN KEJADIAN YANG BERLAKU TADI AKAN DIINGAT SELAMANYA...

Sunday, January 15, 2012

UNTUKMU YANG AKAN MENDAMPINGIKU

SELAMAT MALAM...


ia hanyalah sekadar coretan dari jari jemari ku.. betapa inginya sy mendptkan org yg boleh membuat kita berasa bahagia. maka biarlah dia atau sesiapapon nantinya yg akan menjadi pendamping kita membaca bait2 doa indah ini::::


letih..
mungkin itu yg akan aku rasa
mencarimu dalam bayang
tidak pernah bertemu hingga melayang


melayang
melayang angan terbuai usia
bergerak naik menuju ke pusara
tidak henti terus mencari
tambatan hati yang dinanti-nanti


kuberdoa pada pemilik hati
yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
apabila dia membaca tulisan ini
semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci


mungkin selama ini aku terlalu memilih
atau mungkin tiada yang dipilih
semuanya menjauh
tidak terlihat dan tidak tersentuh


kini semuanya harus dimulakan
dari niat tulus yang tidak ternilai
terlalu mulia untuk dinilai
terlalu tinggi untuk dituai


dalam sujud hati
kami berdoa pada iilahi
agar segera bertermu kekasih hati
yang menemani kami ke syurga abadi


aku benar2 tidak tahu
apakah kamu atau siapa pendampingku
namun jika sudah takdirku
semoga hati ku boleh bersanding dengan hatimu....


semoga ianya jadi kenyataan...aminnnn......

BAGAIMANA ADAB BERDOA & MENGHINDARI KESALAHAN DLM BERDOA.

SELAMAT PETANG SEMUA...


kali ini sy mahu berkongsi dgn kalian semua mengenai adab berdoa. sering kita berasa sudah berdoa, tetapi ternyata Allah belum mengabulkan permintaan kita. ada baiknya kita mengetahui adab doa dan menghindari kesalahan dlm berdoa.



  1. MEMAKAN MAKANAN DAN MEMAKAI PAKAIAN DRPD SUMBER YG HALAL. makanan yg haram, minuman yg haram,pakaian yg haramdan daging yg tumbuh dr sumber yg haram, maka bagaimana doanya boleh dimakbulkan???
  2. MEMILIH WAKTU DAN KEADAAN YANG UTAMA...tgh malam: apabila seorng muslim itu meminta kebaikan kpd ALLAH dan sesuai dgn waktu itu, pasti Allah akan memakbulkan;;:: itu terJadi pd setiap malam:
  • ketika sujud : apabila bersungguh2 berdoa nescaya Allah akan kabulkan doa kalian.
  • ketika azan : apabila azan berkumandang maka pintu2 langit dibuka dan doa diistijabah.
  • di antara zan dan iqamat
  • ketika bertemu musuh
  • ketika hujan turun
  • sebahagian waktu akhir pd hari Jumaat
  • doa seseorg utk saudaranya tanpa pengetahuan 
  • hendaknya ketika tidur dlm keadaan berzikir, kemudian ketika bgn mlm berdoa

  1. BERDOA MENGHADAP KIBLAT & MENGANGKAT TGN
  2. DGN SUARA LIRIH, TIDAK KERAS DAN TIDAK TERLALU PERLAHAN.
  3. TIDAK MELAMPAUI BATAS DLM BERDOA :::berdoa dgn penuh rendah diri dan takut(tidak dikabulkan).Allah tdk suka yg melampaui batas. contoh melampaui batas dlm berdoa adalah minta disegerakan azab /doa dlm hal dosa & memutuskan silaturrahim dll.
  4. MERENDAH DIRI & KHUSYUK
  5. SEDAR KTK BERDOA, YAKIN AKAN DIKABULKAN DAN  BENAR DLM PENGHARAPAN.
  6. MERENDAH DIRI KETIKA BERDOA, MENGANGGAP PNTG APA YG DIDOAKAN DAN DIULANG SBYK 3 KALI
  7. MEMULAKAN  DOA DGN ZIKIR KPD ALLAH DAN MEMUJINYA DAN MENGAKHIRKAN DOANYA DGN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH
  8. BERTAUBAT & MENGEMBALIKAN HAK ORG YG DIZALIMI, MENHADAP ALLAH DGN RINGAN


MENGHINDARI KESALAHAN DALAM BERDOA
  • berdoa utk keburukan keluarga, harta dan jiwa
  • terlalu keras dlm berdoa.
  • melampaui batas.
  • berdoa dgn pengecualian contoh ::: ya allah, ampuni saya ika Engkau berkenan
  • tergesa-gesa



Wednesday, December 7, 2011

TUDUNG GAYA HANA TAJIMA....

selamat pagi -------<@
kamu semua kenal gambar orang cantik di atas ini...
siapakah dier????
dier ialah HANA TAJIMA
sekarang semua style dier jadi ikutan muda mudi sekarang....
kenapa????
adakah dier pelakon yg menang award tiap tahun,,,bukan juga....penyanyi...bukan juga....
dier jadi ikutan atas kerana cara pemakaian tudung yang di bawa nya...
ramai orang yang saya tanya "suka style tudung yang dipakainya simple, stylo, bergaya.."

bagi yang mahu mencube gaya hanatajima ini saya ada selitkan sedikit gambar bagi tatapan semua...
jom ZOOM....


Orangnya cantik...pakai apa pon cantik...... tgk jer la gaya2, post  dier di bawah nie.......
kepada yang suka akan fesyen yg dibawanya selamat mencuba.....
tak salah kita try...
yg penting untuk kepuasan sendiri...
LIHAT LA GAYA KU....




Tuesday, December 6, 2011

puisi cinta yg datang dari hati....


 selamat pagi semua>>>>>
"pagi yang terang terasa tenang..... aku dan kamu berdua bersama".... semalam tgh2 aku seacrh maklumat 4 aku punya assingment tiba2 aku terbaca satu puisi ni..... puitis sekali ayatnya.... n the ending pun wat kaun hawa seperti aku rasa terharu.... bestnya ada org cakap depan aku camtu.... walaupun aku bukan orgnya yang puisi ini ditujukan.... tapi kasih sayang, cinta, setia aku rasa dalam puisi ini.... lagi elok cube korang bayangkan suami anda yang melafazkannya di hadapan kalian semua(isteri) pasti lagi syahdunya..... n pasti tanpa korang sedari mutiara mahal korang akan keluar juga....so pagi2 nie aku nak share la apa yang aku rasa.... korang akan rasa sendiri nanti....cube lah hayati nya....

 puisi cinta yg datang dari hati....


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku

amacam dah baca sampai habis puisi yang puitis nie... terharukan n rasa disayangikan...
tahniah anda telah buat hati anda beremosi pagi2 nie... bagi yang akan jadi raja sehari pekata... suruh u all punya bakal tu lafazkan depan korang n saksi depan org ramai... agak2 dier nak tak wat cam tu.... 



Monday, December 5, 2011

suku malam di bilik m1 (psu)

selamat malam blogger semua....

malam nie patut blaja pe2 la yg tak wat aku mengantuk... tapi lec cina aku ajar teori. peh!! mau berat mata aku menahan penyakit yang ubatnya bantal,tilam n selimut..
dah la sebelum g kelas melantak makanan cam sok pose jer.... masuk bilik makmal comp nie...gan aircorn...badan pon lesu mata mengantuk... ada saper2 leh bantu saya????
lec aku tadi terangkan tntg CASPER..APA TU CASPER??? binatang apa 2??? tu la salah aku gak tak fokus apa yang dier cakap kat depan tu. di buat sebelum balik dier soal tak nganga aku. kawan2 pon mula wat kelas sendiri, lagi hebat wat perbncgan melalui chat... cian kat lec tu sebahagian kwn2 cam terpaksa jer fokus kan diri.... tapi aku rasa fikiran tah kemana tah..