bear2


Sunday, July 24, 2011

MAHLUK PENGHUNI ALAM SAUJANA...

 LIHAT!! mahluk ini besar nya kekuasaan Allah Yang Maha Esa....

 ada yang bersayap yang membolehkan mereka terbang tinggi tanpa gangguan.....
mereka menyanyi riang ria di atas sana.... tanpa tahu sebenarnya ada bahaya sedang menunggu mereka...
 warna yang menarik kadang2 seakan2 warna daun menakjudnya ciptaan Allah ini.... dia boleh melindungi dirinya daripada musuh......
 banyak ulat dalam dunia ini ada yg boleh buat sutera dan cam2 lagi.... maha besar ciptaan Mu Ya Allah....
 ulat nie berbisa..... saper kena sengat tentu gatal semacam jer.... pandai dia melindungi dirinya....
 sungguh cantik rupa dan warna mu.....
bagai kain sutera yang tercorak sendiri.........
dgn air ludah pun leh jadi tempat tinggalnya... cube manusia wat guna air ludah....boleh manusia tinggal kat air ludah manusia......owhhh....

Wednesday, July 20, 2011

mengatasi masalah anak yang nakal,. tak dengar cakap ibu bapa, degil dan melawan cakap ibu ayah

hai semua...
dah lama aku tak coret kat entri aku nie...
entri kali nie aku nak kongsi kat korang yg dah jadik ibu, ayah, mak, abah, mama, papa, umi, abi dan macam2 panggilan lagi la....
buka per sekarang ni zaman moden anak2 pon dilahirkan dalam keadaan serba moden..... lagi2 aku nie setiap ari dikelilingi dgn anak2 kecil yg baru mahu mengenal dunia... jadi pelbagai ragam yg aku hadapi.... cam2 sikap anak2 yg aku perlukan kesabaran....
jadi kepeda anada semua yg telah mempunyai anak.....renungkan lah tip yg saya beri kan nie...
amalankanla..... utk kebaikan anak anda juga....
 
 Untuk renungan bersama dan peringatan diri sendiri
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah,  bergaul dengan remaja yang rosak akhlak,  berzina,  menagih dadah,  melawan ibu-bapa,  kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.  Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti
  • Surah al-Fatihah
  • Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa’
  • Selawat Tafrijiyah
  • Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.
  • Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut:
  1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
  2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
  3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
  4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
  5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
  6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
  7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
  8. Beri minum air tersebut dan mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut:
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami

Thursday, June 9, 2011

kata tidak pada pencemaran!!!!!!

hai..nite to all blogger...... hari ni aku nak citer pasal pencemaran.... pagi tadi 6.30 pagi aku buka tingkap bilik aku. mula2 aku lihat pemandangan yg mendamaikan hati dan mata yg memandang....udara yg segar...besnya....
TIBA2 pandangan ku jadi kotor dek kerana aku ternampak corong kilang berdekatan gn maktab nie...melepaskan berkepol2 asap..... dari kilangnya...... dashyat tul.... perbuatan manusia yg tak sayangkan bumi kita nie.... dulu aku memg agak daif bab nie...tapi sejak aku nie blajar pendidikan alam sekitar nie.... aku tahu byk mengenainya..... naper perkara nie terjadi....tiada kesedaran tul org yang melakukan pelepasan asap ini..... bayangkan la....asap tebal dilepaskan....gan berwarna hitam lagi.... aku ada bukti... ada pic yg aku sempat snap....



asap tebal yg dilepaskan dari corong kilang....


tgk la sendiri betapa kejamnya insan yg melakukan perbuatan ini pada bumi kita.... bayangkan la kalau la pokok2, udara, bangunan2 sekeliling kita leh bercakap tentu dia merayu sedih, marah pada manusia yg melakukan perkara ini... kasihan bumi kita nie....

entri aku hanya mahu kongsi gan anda2 semua.... kita renungkan la bersama.....
wasalam....

dosa terpaksa....


hai, blogger2 sekalian... hari ini aku mahu kongsi tentang keagamaan sikit.... berkaitan dosa.... sedarkah anda semua tiap2 hari melakukan dosa ia samada sengaja atau tidak sengaja shj... ataupon tahu n tidak tahu yg kita lakukan itu dosa,,,,,, mari kita renungkan....
Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu. Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.
Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.

Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.
Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.
Bagaimana?
Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?
Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.
Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.
Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain. 
Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.
Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.
Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah. Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.
Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?
Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.
Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.
Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga. Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

Sunday, May 29, 2011

angka 18 angka 5 angka 11...

 bertahun lamanya

kasih hanya sementara... 
kecewa......

berlaku hanya sekelip mata sahaja...

hancur  + punah
bagai 

debu berterbangan.....




melentur jari.....

assalamualaikum.... hai semua bloger2 sekalian.... lama aku tak entry kat blog aku nie...kali ini aku nak kongsi gan kalian semua..... time2 cuti sekolah nie budak2 sekolah sibuk cuti cikgunya lak sibuk blajar, menimba ilmu... tu pengorbanan seorang yg digelar pendidik....
   samala cam aku nie interaksi Mei nie aku sibuk gan exam n cam2 lagi la..... rasanya cam lom ada baca apa2 lagi tup mgu depan EXAM!!! aaaaaaaaaaaaaaaa......tidak..... exam paper 1 hal nie sekarang nie sibuk lak nak melenturkan jari jemari coz ada exam for MAIN KEYBOARD....apa aku nak picit nanti depan lecture... takutnya dapat prepair time kat asrama sampai depan lec terbang semua not d tambah sumbang lak suara aaaa... seram nya....
    di sini aku nak korang ikut gak la aku kelas2 music yg aku dah sertai selama 3 tahun lamanya.... jom tonton...

dengar penerangan..... sempat posing lagi

not lagu + kod lagu


my keyboard

picit not la.....
 ni la antaranya class music yang aku ikuti untuk bulan mei nie.... pengalaman indah dalam idup...lagi best bila dapat wat lirik sendirikan tapi bila agaknya tu...hahahah...k sekalian blogger wa chow dulu....
sekian.

Monday, May 2, 2011

berjalan sakan.......

assalammualaikum..... menjelang sudah bulan mei..... SEMALAM CUTI TIGA SERANGKAI SUSAH NAK DAPAT CUTI YANG CAMTU..... jadi sepanjang tiga ari apa lagi jalan sakan la.... mari ikut saya kita ronda2...
sempat lagi tu..